webmaster tools
Website

Kenapa perlu daftar website di webmaster tools?

Posted On February 11, 2018 at 4:31 pm by / No Comments

Pada masa ini, ramai yang sudah celik IT dan mempunyai website atau blog sendiri. Tidak kiralah samaada website yang dibina sendiri atau menggunakan khidmat pihak lain. Namun , tak semua yang sedar atau tahu tentang Google Websmaster Tools ni. Apa sebenarnya Google webmaster Tools ni dan apa kaitannya ia dengan website atau blog yang anda semua ada?

Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, Google Webmaster Tools adalah satu medium dimana Google berinteraksi dengan webmaster ( pembina website  ). Di situ, Google akan memberikan maklumat maklumat tentang website anda. Antara maklumat maklumat yang akan diberikan oleh Google adalah berkenaan jangkitan malware di website ataupun keyword-keyword yang sering digunakan untuk ke website anda.

PERLU KE DAFTAR WEBSITE DI WEBMASTER TOOLS?

YA memang perlu. Setiap website atau blog yang di bina dan ingin di index di google , perlulah di daftarkan terlebih dahulu di Google Webmaster Tools. Pernahkah anda mengalami situasi di mana, website yang anda buat tidak keluar dalam carian Google walaupun di halaman yang terakhir. Ini mungkin disebabkan anda tidak mendaftar website anda di Google Websmaster Tools.  Bagaimana google hendak berinteraksi dengan website tersebut sedangkan , Google tidak mendapat apa apa maklumat berkenaan website itu.

google webmaster tools

ADAKAH RANK WEBSITE AKAN JADI NO.1 BILA DAH DAFTAR DI WEBMASTER TOOLS?

Bergantung. Ranking di pencarian Google tidak hanya bergantung pada satu faktor sahaja, malahan pelbagai lagi faktor faktor yang diperlukan untuk menaikkan ranking website anda di pencarian google. Namun langkah mendaftar di Goole Webmaster Tools adalah langkah pertama dan yang paling penting untuk menaikkan ranking anda.

BAGAIMANA CARA NAK  DAFTAR DI WEBMASTER TOOLS?

Anda boleh klik di sini untuk mendafatar https://www.google.com/webmasters/#?modal_active=none . Cara untuk mendaftar ada 2 cara iaitu recomended dan alternate method. Cara cara itu akan kami kupas pada entri yang seterusnya. Terima kasih

NAK BUAT WEBSITE MURAH?

Klik tempah website

NAK BUAT BLOG?

Klik tempah blog 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *