Beza Website dan Blog
Tips Website

Nak Buat Blog ke Website?

Posted On July 26, 2018 at 4:59 pm by / No Comments

Kebelakangan ni , saya selalu dapat  pertanyaan dari kawan kawan. “Kalau saya baru nak mula bisnes. Mana yang lebih baik, nak buat blog ke nak buat website?”  Yang mana mendatangkan untung yang lebih banyak? yang mana boleh dapat customer dengan cepat dan ramai? Saya pasti setiap orang yang baru nak buat bisnes online akan terfikir soalan soalan ni.

Terdapat banyak cara untuk membuka sebuah kedai maya. Antara pilihan yang paling bagus adalah dengan menggunakan blog dan juga website. Tapi apa kelebihan blog berbanding website?  Siapakah yang perlu menggunakan blog dan siapakah yang perlu menggunakan website? Adakah website dan blog mempunyai cara pengendalian yang sama? 

APA SEBENARNYA WEBSITE & BLOG?

Website merupakan satu kumpulan halaman halaman yang mengandungi informasi secara tulisan atau gambar yang di simpan di internet. Ia boleh dilihat melalui internet dengan menggunakan komputer, laptop ataupun telefon pintar. Bagaimana cara nak menampilkan halaman-halaman tersebut ialah dengan merekabentuk halaman web dengan menggunakan bahasa pemprograman seperti Html,PHP,XML, ASL dan sebagainya

Blog pula adalah sebahagian daripada website. Blog pada asalnya adalah salah satu daripada halaman-halaman yang membentuk website. Ia juga direka bentuk dengan menggunakan bahasa program (Html). Jadi kesimpulannya, Dalam satu  website, boleh terdapat satu ruangan dinamakan blog, tapi dalam sesebuah blog tidak akan ada website.

KENAPA TAK GUNA FB @ INSTA SAHAJA?

Kita tengok trend sekarang ramai yang berniaga menggunakan Facebook & Instagram. Kenapa perlu buat web dan blog pulak? Di sini kita kena faham, Facebook dan instagram bukan lah kedai sebenar. Ia hanya merupakan alat untuk mempromosi kedai kita iaitu web atau blog.Kadang kadang customer yang datang nak tengok overall barang yang di jual di kedai kita. kalau hanya menggunakan FB dan insta, matlamat tu susah nak dicapai.

 

Ada sebab anda perlu buat website dan ada sebab anda perlu buat blog? nak tahu apa antara sebabnya? Mari kita lihat sasma sama.

 

WEBSITE

  1. Website lebih Interaktif dan tidak statik . Ia mempunyai ciri mesra pelanggan (customer friendly)
  2. Platform yang biasa digunakan adalah, wordpress, joomla, & Drupal.
  3. Website juga mempunyai fungsi pemasaran yang integratif seperti Newsletters, Pendaftaran pelanggan atau pun statistik. 
  4. Mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri contohnya seperti founder sesebuah produk, perlu menggukan Website. Ini kerana, di masa akan datang, perniagaan mereka akan berkembang dan lebih mudah untuk menguruskan ahli ahli baru menggunakan website berbanding blog.
  5. Mempunyai Sistem e-commerce yang memudahkan pelanggan. Ramai yang menjual produk dan ingin meletakkan dalam katalog agar senang di akses oleh para pelanggan. Sistem e-commerce adalah cara yang paling sesuai untuk digunakan. 
  6. Website mempunyai hosting dan domain sendiri. Ia sangat bagus kerana ia meningkatkan lagi kredibiliti sesebuah laman sesawang. penggunaan domain seperti  .com@ .my @ .biz dan sebagainya dilihat lebih professional dan menambah keyakinan para pelanggan untuk membeli belah di laman web tersebut.
  7. Untuk penyelenggaraan web, ia memerlukan kepakaran dari web developer itu sendiri. Agak sukar untuk pemilik web itu sendiri yang menyelenggara web jika tidak mahir. Namun jika web itu dibina menggunakan CMS seperti wordpress, maka ia lebih mudah untuk kebanyakan pengguna untuk membuat perubahan maklumat di dalam web tersebut
BEZA BLOG DAN WEB

BLOG

  1. Blog dilihat lebih bersifat peribadi. Pada awalnya blog digunakan sebagai diari peribadi yang di letakkan secara online. Namun kini ia telah berkembang menjadi salah satu medium pemasaran.
  2. Blog sesuai digunakan untuk perniagaan kecil atau sampingan seperti menjadi ejen sesuatu produk, dropship ataupun reseller. Ini kerana mereka hanya fokus pada apa yang mereka jual sahaja.
  3. Blog mudah untuk digunakan. Penambah baikan tidak memerlukan kita memahami bahasa komputer. Cukup sekadar ada idea untuk menulis itu sudah mencukupi.
  4. Tidak sesuai untuk mengiklan banyak produk. Sekiranya anda mempunyai pelbagai jenis produk, dan banyak gambar yang perlu dipamerkan, blog akan menjadi tidak mesra pelanggan. Namun kekurangan ini masih boleh dapat diatasi untuk mereka yang tahu mengubahsuai templat blog tersebut.
  5. Tidak ada sistem e-commerce yang memudahkan pelanggan membuat pembelian. Apabila produk terlalu banyak dan berjenis-jenis, paling bagus sekiranya anda mempunyai sistem katalog atau e-commerce yang memudahkan pelanggan anda melihat, memilih dan melakukan langkah pembelian. 
  6. Blog boleh dijadikan sedikit interaktif. Iaitu dengan menambah kod dari pihak ketiga (third party), cthnya chatbox, statistik, newsletter yang akan meletakkan link iklan ke laman web mereka. Namun ciri ini sudah cukup untuk mengiklankan perniagaan kecil.

Kesimpulannya: Blog sudah mengcukupi untuk anda memulakan perniagaan anda, dan juga mampu diubahsuai untuk menampakkan ciri web. Namun, mereka yang ingin perniagaan mereka berkembang lebih besar pada masa akan datang, perlu membuat website kerana kelak, proses menguruskan ahli ahli dan cawangan baru akan lebih mudah. Ia juga akan menjadi sebagai rujukan ahli ahli anda untuk mendapatkan maklumat berkenaan perniagaan yang dijalankan.

 

Bagi syarikat yang berdaftar, mempunyai web dengan domain sendiri adalah lebih baik untuk menunjukkan yang anda benar-benar serius melakukan perniagaan. Pelanggan yang baru, tidak dikenali atau dari luar negara akan mudah percaya untuk membuat pembelian. Berbanding dengan blog yang sudah pastinya lebih personal, maka lebih pemasaran diperlukan untuk mendapatkan kepercayaan bakal pelanggan yang singgah di blog anda. Tapi blog lebih mudah dan cepat untuk di kemaskini. 

 

Jadi sebelum memilih untuk membuat blog atau website, anda sendiri perlu menetapkan matlamat anda. Adakah anda hanya nak berniaga secara sambilan atau memang mempunyai visi yang jauh untuk mengembangkan perniagaan anda ke peringkat yang lebih jauh, kesemua itu terletak kepada matlamat anda sendiri. Dah tahu matlamat, lebih mudah untuk anda memilih.

 

WEBSITE

BLOG

Pemilik Produk, Pengeluar, Syarikat Sendiri

Dropship, Reseller, Ejen

Dibina bersama hosting dan domain sendiri

Tidak memerlukan hoting dan domain sendiri

WordPress, Joomla, Drupal

Blogspot @ WordPress

Lebih menarik dan interaktif

Statik dan tidak userfriendly

Mudah di kumpulkan menggunakan Newsletter.

Sukar untuk dikumpulkan

Memerlukan kepakaran

Boleh dilakukan sendiri

Memerlukan kepakaran

Boleh dilakukan sendiri

NAK TEMPAH WEB @ BLOG? KILK SINI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *