Promosi

Rezeki 4 Tahun Sekali di 29 Februari!

Posted On February 29, 2016 at 4:12 am by / No Comments


Hari ini merupakan “leap-day” iaitu 29 Februari, yang hanya berlaku 4 tahun sekali. Kami doakan anda semua di murahkan rezeki yang berlipat ganda pada hari “extra” di bulan Februari 2016 ini.

Tahu tak kenapa hari ini sahaja ada “leap day”? Dan kenapa 29 Februari berlaku 4 tahun sekali?
Tahun kalendar moden mempunyai 365 hari,dan satu putaran mengelilingi matahari (satu tahun solar) mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam. Tambahan 24 jam itu berkumpul setiap empat tahun , yang memerlukan bahawa hari kalendar tambahan ditambah untuk menyelaraskan kalendar dengan kedudukan jelas Matahari.

Pada hari “extra” ini, kami ingin mengajak kita semua sama-sama berfikir sejenak tentang Konsep Rezeki. Jom baca kisah di bawah.

******************

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu.

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya.

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

+ “Assalamu ‘alaikum”

– “Waalaikum salam”

+ “Bagaimana jualan akhbar tuan?”

– “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini”

– “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

– “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

– “Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

– “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”

+ “Kalau tidak ada yang boleh dimakan”?

– “Bererti rezeki saya berpuasa”

+ “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”

– “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan”. Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat …
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya.

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung…
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri.

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT.

Sahabat …
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Wallahu a’lam

 Fikir balik, Allah dah siapkan rezeki untuk kita. Jika tiada hari ini, mungkin esok Allah beri rezeki itu. 


*****************

Apakah rezeki anda 4 Tahun sekali di 29 Februari 2016 ini? 

Kami ingin berkongsi rezeki dengan anda semua dengan beri 5 items PERCUMA.
Hari ini last day untuk dapatkan 5 item PERCUMA. KLIK DISINI untuk detail lanjut. 

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi kami di :- 
Whatsapp ; 013 9724737 
PM inbox : BG Design
 Emel : bgdesign.biz@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *