10+ Fakta Tentang SEO Malaysia 2019 (Yang Anda Perlu Tahu)

Tahniah! Anda mungkin sampai ke sini kerana sedang survey-survey tentang SEO Malaysia, dan mencari-cari seseorang yang boleh menaikkan ranking website anda di Google.

Jangan bimbang. Anda telah sampai ke tempat yang selamat.

Izinkan kami berkongsi sedikit maklumat.

Fakta tentang SEO di Malaysia

SEO Malaysia Freelance Consultant & Specialist

Apa itu SEO Malaysia?

SEO adalah proses yang sangat panjang dan memenatkan, demi untuk menaikkan ranking laman web anda ke muka surat pertama Google Malaysia.

Siapakah SEO specialist di Malaysia?

Sebenarnya, ada terlalu ramai. Namun, kebanyakan dari mereka hanya buat sendiri-sendiri kerana malas mahu pening kepala buat kerja untuk orang lain.

Lebih baik duduk diam-diam dan buat untuk laman web sendiri.

Mana satu best SEO company di Malaysia?

Susah soalan ini. Anda kena cuba buat analisis sendiri. Lihat portfolio mereka.

Jalan terbaik ialah dapatkan sahaja servis mereka dan tutup mata hulur duit. Tunggu 3-6 bulan. Jika ada result, bermakna mereka bagus.

Boleh percaya orang yang claim dia pakar SEO?

Tepuk dada, tanya selera.

Perkara pertama yang anda perlu tanya orang yang claim dia adalah pakar SEO, ialah tunjukkan laman web apa yang dia buat; dan menduduki takhta tertinggi Google Malaysia.

Berapa harga servis SEO Malaysia?

Bergantung samada anda ambil dengan syarikat atau individu. Tentu sekali dengan syarikat akan jadi lebih mahal.

Namun, jika menggunakan freelancer, kualiti belum tentu terjamin.

Ada yang serendah RM500 sebulan. Ada yang RM1,500 sebulan.

Ada yang tidak perlu bayar apa-apa langsung. Kalau sudah ranking, baru bayar. Selalunya ini mahal sedikit.

Ada peluang SEO dalam Bahasa Melayu?

Selaluu kita dengar, SEO itu terlalu kompetitif dalam Bahasa Inggeris. Terlalu banyak persaingan.

Buat apa bermain di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik, jika Selat Melaka masih dapat memberikan ikan yang banyak?

Bahasa Melayu tidak kurang hebatnya. Masih banyak yang belum diterokai.

Jadi, tidak kiralah anda usahawan apa sekalipun, ada terlalu banyak cara untuk menjalankan perniagaan atas talian.

Jika anda adalah syarikat yang selama ini bersusah payah untuk cuba ranking dalam Bahasa Inggeris di Malaysia, cubalah bertukar angin.

Tidak salah mencuba.

Akhir kata

Harga Kursus SEO Malaysia

Sebenarnya, ada banyak lagi mahu tulis. Jika ada kelapangan, saya akan sambung lagi.