10+ Fakta Tentang SEO Malaysia 2019 (Yang Anda Perlu Tahu)

Tahniah! Anda mungkin sampai ke sini kerana sedang survey-survey tentang SEO Malaysia, dan mencari-cari seseorang yang boleh menaikkan ranking website anda di Google.

Jangan bimbang. Anda telah sampai ke tempat yang selamat.

Izinkan kami berkongsi sedikit maklumat.

Fakta tentang SEO di Malaysia

SEO Malaysia Freelance Consultant & Specialist

Apa itu SEO Malaysia?

SEO adalah proses yang sangat panjang dan memenatkan, demi untuk menaikkan ranking laman web anda ke muka surat pertama Google Malaysia.

Siapakah SEO specialist di Malaysia?

Sebenarnya, ada terlalu ramai. Namun, kebanyakan dari mereka hanya buat sendiri-sendiri kerana malas mahu pening kepala buat kerja untuk orang lain.

Lebih baik duduk diam-diam dan buat untuk laman web sendiri.

Mana satu best SEO company di Malaysia?

Susah soalan ini. Anda kena cuba buat analisis sendiri. Lihat portfolio mereka.

Jalan terbaik ialah dapatkan sahaja servis mereka dan tutup mata hulur duit. Tunggu 3-6 bulan. Jika ada result, bermakna mereka bagus.

Boleh percaya orang yang claim dia pakar SEO?

Tepuk dada, tanya selera.

Perkara pertama yang anda perlu tanya orang yang claim dia adalah pakar SEO, ialah tunjukkan laman web apa yang dia buat; dan menduduki takhta tertinggi Google Malaysia.

Berapa harga servis SEO Malaysia?

Bergantung samada anda ambil dengan syarikat atau individu. Tentu sekali dengan syarikat akan jadi lebih mahal.

Namun, jika menggunakan freelancer, kualiti belum tentu terjamin.

Ada yang serendah RM500 sebulan. Ada yang RM1,500 sebulan.

Ada yang tidak perlu bayar apa-apa langsung. Kalau sudah ranking, baru bayar. Selalunya ini mahal sedikit.

Ada peluang SEO dalam Bahasa Melayu?

Selaluu kita dengar, SEO itu terlalu kompetitif dalam Bahasa Inggeris. Terlalu banyak persaingan.

Buat apa bermain di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik, jika Selat Melaka masih dapat memberikan ikan yang banyak?

Bahasa Melayu tidak kurang hebatnya. Masih banyak yang belum diterokai.

Jadi, tidak kiralah anda usahawan apa sekalipun, ada terlalu banyak cara untuk menjalankan perniagaan atas talian.

Jika anda adalah syarikat yang selama ini bersusah payah untuk cuba ranking dalam Bahasa Inggeris di Malaysia, cubalah bertukar angin.

Tidak salah mencuba.

Akhir kata

Harga Kursus SEO Malaysia

Sebenarnya, ada banyak lagi mahu tulis. Jika ada kelapangan, saya akan sambung lagi.

TUTORIAL EDIT WATERMARK DENGAN HANDPHONE

Zaman sekarang, ramai usahawan mahukan cara yang mudah dan cepat untuk edit gambar promosi produk mereka dengan menggunakan handphone sahaja.

Kami kongsikan langkah demi langkah Tutorial Edit Watermark dengan Handphone

 

Langkah 1 : Install PicsArt Apps di Play Store

Tutorial Edit Watermark Guna Handphone

Langkah 2: Buka Apps PicsArt , dan Klik button “+”

tutorial-edit-watermark-3

Langkah 3 : Pilih gambar dan klik ➜

tutorial-edit-watermark-4

Langkah 4 : Klik “Add Photo”

tutorial-edit-watermark-5

Langkah 5: Klik bahagian meter opacity. Laraskan mengikut citarasa anda. kemudian KLIK button – ✓

tutorial-edit-watermark-6

Langkah 6 : Klik bahagian Blend, dan anda pilih efek mana yang sesuai untuk pastikan watermark dan imej nampak harmoni apabila disatukan. Kemudian klik – ✓

tutorial-edit-watermark-7

Langkah 7 – Ini hasil edit watermark, Jika sudah berpuas hati KLIK ➜

tutorial-edit-watermark-8

Langkah 8 – Save dan Share!

Mudahkan?

Oh ya, jika anda mencari-cari watermark yang sesuai untuk bisnes anda, kami sedia membantu.

Berikut adalah beberapa contoh watermark yang kami hasilkan untuk customer-customer kami.

Kenapa perlu daftar website di Google Webmaster Tools?

Pada masa ini, ramai yang sudah celik IT dan mempunyai website atau blog sendiri. Tidak kiralah samaada website yang dibina sendiri atau menggunakan khidmat pihak lain. Namun , tak semua yang sedar atau tahu tentang Google Websmaster Tools ni. Apa sebenarnya Google webmaster Tools ni dan apa kaitannya ia dengan website atau blog yang anda semua ada?

Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, Google Webmaster Tools adalah satu medium dimana Google berinteraksi dengan webmaster ( pembina website  ). Di situ, Google akan memberikan maklumat maklumat tentang website anda. Antara maklumat maklumat yang akan diberikan oleh Google adalah berkenaan jangkitan malware di website ataupun keyword-keyword yang sering digunakan untuk ke website anda.

PERLU KE DAFTAR WEBSITE DI WEBMASTER TOOLS?

YA memang perlu. Setiap website atau blog yang di bina dan ingin di index di google , perlulah di daftarkan terlebih dahulu di Google Webmaster Tools. Pernahkah anda mengalami situasi di mana, website yang anda buat tidak keluar dalam carian Google walaupun di halaman yang terakhir. Ini mungkin disebabkan anda tidak mendaftar website anda di Google Websmaster Tools.  Bagaimana google hendak berinteraksi dengan website tersebut sedangkan , Google tidak mendapat apa apa maklumat berkenaan website itu.

ADAKAH RANK WEBSITE AKAN JADI NO.1 BILA DAH DAFTAR DI WEBMASTER TOOLS?

Bergantung. Ranking di pencarian Google tidak hanya bergantung pada satu faktor sahaja, malahan pelbagai lagi faktor faktor yang diperlukan untuk menaikkan ranking website anda di pencarian google. Namun langkah mendaftar di Goole Webmaster Tools adalah langkah pertama dan yang paling penting untuk menaikkan ranking anda.

BAGAIMANA CARA NAK  DAFTAR DI WEBMASTER TOOLS?

Anda boleh klik di sini untuk mendafatar https://www.google.com/webmasters/#?modal_active=none . Cara untuk mendaftar ada 2 cara iaitu recomended dan alternate method. Cara cara itu akan kami kupas pada entri yang seterusnya. Terima kasih

NAK BUAT BLOG KE WEBSITE?

Kebelakangan ni , saya selalu dapat  pertanyaan dari kawan kawan. “Kalau saya baru nak mula bisnes. Mana yang lebih baik, nak buat blog ke nak buat website?”  Yang mana mendatangkan untung yang lebih banyak? yang mana boleh dapat customer dengan cepat dan ramai? Saya pasti setiap orang yang baru nak buat bisnes online akan terfikir soalan soalan ni.

Terdapat banyak cara untuk membuka sebuah kedai maya. Antara pilihan yang paling bagus adalah dengan menggunakan blog dan juga website. Tapi apa kelebihan blog berbanding website?  Siapakah yang perlu menggunakan blog dan siapakah yang perlu menggunakan website? Adakah website dan blog mempunyai cara pengendalian yang sama?

APA SEBENARNYA WEBSITE & BLOG?

Website merupakan satu kumpulan halaman halaman yang mengandungi informasi secara tulisan atau gambar yang di simpan di internet. Ia boleh dilihat melalui internet dengan menggunakan komputer, laptop ataupun telefon pintar. Bagaimana cara nak menampilkan halaman-halaman tersebut ialah dengan merekabentuk halaman web dengan menggunakan bahasa pemprograman seperti Html,PHP,XML, ASL dan sebagainya

Blog pula adalah sebahagian daripada website. Blog pada asalnya adalah salah satu daripada halaman-halaman yang membentuk website. Ia juga direka bentuk dengan menggunakan bahasa program (Html). Jadi kesimpulannya, Dalam satu  website, boleh terdapat satu ruangan dinamakan blog, tapi dalam sesebuah blog tidak akan ada website.

KENAPA TAK GUNA FB @ INSTA SAHAJA?

Kita tengok trend sekarang ramai yang berniaga menggunakan Facebook & Instagram. Kenapa perlu buat web dan blog pulak? Di sini kita kena faham, Facebook dan instagram bukan lah kedai sebenar. Ia hanya merupakan alat untuk mempromosi kedai kita iaitu web atau blog.Kadang kadang customer yang datang nak tengok overall barang yang di jual di kedai kita. kalau hanya menggunakan FB dan insta, matlamat tu susah nak dicapai.

 

Ada sebab anda perlu buat website dan ada sebab anda perlu buat blog? nak tahu apa antara sebabnya? Mari kita lihat sasma sama.

 

WEBSITE

  1. Website lebih Interaktif dan tidak statik . Ia mempunyai ciri mesra pelanggan (customer friendly)
  2. Platform yang biasa digunakan adalah, wordpress, joomla, & Drupal.
  3. Website juga mempunyai fungsi pemasaran yang integratif seperti Newsletters, Pendaftaran pelanggan atau pun statistik.
  4. Mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri contohnya seperti founder sesebuah produk, perlu menggukan Website. Ini kerana, di masa akan datang, perniagaan mereka akan berkembang dan lebih mudah untuk menguruskan ahli ahli baru menggunakan website berbanding blog.
  5. Mempunyai Sistem e-commerce yang memudahkan pelanggan. Ramai yang menjual produk dan ingin meletakkan dalam katalog agar senang di akses oleh para pelanggan. Sistem e-commerce adalah cara yang paling sesuai untuk digunakan.
  6. Website mempunyai hosting dan domain sendiri. Ia sangat bagus kerana ia meningkatkan lagi kredibiliti sesebuah laman sesawang. penggunaan domain seperti  [email protected] .my @ .biz dan sebagainya dilihat lebih professional dan menambah keyakinan para pelanggan untuk membeli belah di laman web tersebut.
  7. Untuk penyelenggaraan web, ia memerlukan kepakaran dari web developer itu sendiri. Agak sukar untuk pemilik web itu sendiri yang menyelenggara web jika tidak mahir. Namun jika web itu dibina menggunakan CMS seperti wordpress, maka ia lebih mudah untuk kebanyakan pengguna untuk membuat perubahan maklumat di dalam web tersebut

BLOG

  1. Blog dilihat lebih bersifat peribadi. Pada awalnya blog digunakan sebagai diari peribadi yang di letakkan secara online. Namun kini ia telah berkembang menjadi salah satu medium pemasaran.
  2. Blog sesuai digunakan untuk perniagaan kecil atau sampingan seperti menjadi ejen sesuatu produk, dropship ataupun reseller. Ini kerana mereka hanya fokus pada apa yang mereka jual sahaja.
  3. Blog mudah untuk digunakan. Penambah baikan tidak memerlukan kita memahami bahasa komputer. Cukup sekadar ada idea untuk menulis itu sudah mencukupi.
  4. Tidak sesuai untuk mengiklan banyak produk. Sekiranya anda mempunyai pelbagai jenis produk, dan banyak gambar yang perlu dipamerkan, blog akan menjadi tidak mesra pelanggan. Namun kekurangan ini masih boleh dapat diatasi untuk mereka yang tahu mengubahsuai templat blog tersebut.
  5. Tidak ada sistem e-commerce yang memudahkan pelanggan membuat pembelian. Apabila produk terlalu banyak dan berjenis-jenis, paling bagus sekiranya anda mempunyai sistem katalog atau e-commerce yang memudahkan pelanggan anda melihat, memilih dan melakukan langkah pembelian.
  6. Blog boleh dijadikan sedikit interaktif. Iaitu dengan menambah kod dari pihak ketiga (third party), cthnya chatbox, statistik, newsletter yang akan meletakkan link iklan ke laman web mereka. Namun ciri ini sudah cukup untuk mengiklankan perniagaan kecil.

Kesimpulannya: Blog sudah mengcukupi untuk anda memulakan perniagaan anda, dan juga mampu diubahsuai untuk menampakkan ciri web. Namun, mereka yang ingin perniagaan mereka berkembang lebih besar pada masa akan datang, perlu membuat website kerana kelak, proses menguruskan ahli ahli dan cawangan baru akan lebih mudah. Ia juga akan menjadi sebagai rujukan ahli ahli anda untuk mendapatkan maklumat berkenaan perniagaan yang dijalankan.

 

Bagi syarikat yang berdaftar, mempunyai web dengan domain sendiri adalah lebih baik untuk menunjukkan yang anda benar-benar serius melakukan perniagaan. Pelanggan yang baru, tidak dikenali atau dari luar negara akan mudah percaya untuk membuat pembelian. Berbanding dengan blog yang sudah pastinya lebih personal, maka lebih pemasaran diperlukan untuk mendapatkan kepercayaan bakal pelanggan yang singgah di blog anda. Tapi blog lebih mudah dan cepat untuk di kemaskini.

 

Jadi sebelum memilih untuk membuat blog atau website, anda sendiri perlu menetapkan matlamat anda. Adakah anda hanya nak berniaga secara sambilan atau memang mempunyai visi yang jauh untuk mengembangkan perniagaan anda ke peringkat yang lebih jauh, kesemua itu terletak kepada matlamat anda sendiri. Dah tahu matlamat, lebih mudah untuk anda memilih.

 

Beza website dan blog

6 SEBAB ANDA PERLU ADA WEBSITE

Website merupakan medium pengiklanan yang wajib terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara online 100%. Ia ibarat kedai yang beroperasi di alam maya. Jom kita lihat antara sebab mengapa anda perlu ada website:

1)MEMUDAHKAN PELANGGAN

Zaman sekarang, para pembeli lebih gemar men’google’ terlebih dahulu sebelum membeli. Ini adalah kerana, ia memudahkan mereka untuk memilih dan juga menjimatkan masa. Dari berpenat lelah tempuh kesesakan jalan raya, mereka lebih gemar baring di atas katil sambil membuat tempahan secara online. Jika anda tidak ada website, sudah tentu anda sudah rugi kerana kehilangan prospek yang lebih gemar membeli secara online dari pergi ke kedai itu sendiri

2) MENYEDIAKAN MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PEMBELI

Sebelum membeli, para pembeli terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat tentang produk yang dicari seperti harga, bahan-bahan, prosedur pembuatan dan pelbagai lagi. Mereka akan terus mencari sehinggalah terjumpa dengan website yang memberi segala maklumat yang diinginkan. Jika anda pemilik website tersebut, sudah tentu mereka ini akan terus membeli dengan anda.

3) JIMAT

Jika ingin di bandingkan dengan menyewa sebuah kedai, membina kedai maya (website) jauh lebih murah dan mudah. Dengan modal kurang daripada RM 1000 (rujuk sini), anda sudah mampu untuk memiliki sebuah website yang cantik dan menarik untuk para pelanggan anda

4) SENANG BUAT PROMOSI MENGGUNAKAN WEBSITE

Kadang kadang nak buat promosi untuk bisnes adalah sangat mencabar. Perlu ada pelbagai kaedah seperti print flyers, buat banner, atau edar bisnes kad kepada orang ramai. Itu semua memerlukan tenaga , masa dan kos. Tapi jika ada website, mudah nak buat promosi sebab sekarang macam macam teknik promosi ada seperti Google ads dan juga FB ads. Cara ini lebih mudah dan cepat. Sekarang semua benda nak cepat kan?

 

5) PERNIAGAAN ANDA AKAN NAMPAK PROFFESIONAL

Untuk bersaing dengan peniaga peniaga besar lain, anda perlu meletakkan perniagaan anda setaraf dengan dengan mereka. Anda pelu membuatkan perniagaan anda kelihatan peroffesional di mata prospek anda. Lihat sahaja brand hebat seperti NIKE, ADIDAS,KFC,MCDONALD, kesemua mereka sudah tentu mempunya website. Bukan sahaja untuk tujuan pengiklanan tapi sebagai bukti mereka menjalankan perniagaan secara proffesional.

6) DATA PERNIAGAAN ANDA AKAN LEBIH SELAMAT 

Selain dari menggunakan website, ramai antara anda yang hanya menggunakan facebook sebagai medium pemasaran online. Ianya tidak salah cuma tidak berapa selamat. Ini kerana data anda mungkin boleh hilang. Ia ibarat kita menyimpan barang di rumah orang lain. Jika satu masa , tuan rumah tu tukar kunci dan tak bagi anda masuk, anda akan kehilangan segala maklumat perniagaan anda. Jika anda mempunyai website, segala maklumat anda akan lebih selamat kerana anda mempunyai hosting sendiri. Jadi tidak akan timbul masalah kehilangan maklumat pada masa akan datang.

ok setakat itu perkongsian dari kami pada kali ini. Kesimpulannya , website ini merupakan satu cara yang terbaik  untuk menarik prospek anda untuk datang membeli dengan anda. Ia bukan sahaja murah jika dibandingkan dengan menyewa sebuah rumah kedai, malah ia sangat mudah dan menjimatkan masa anda dan juga pembeli.